Monday, December 6, 2010

hate monday!

esok kerja!tak seronok!paham tak perasaan bila sangat tak nak jumpa orang itu..bila around dia rasa sangat uneasy..how can i faced this for like months or years from now!totally negative me..so mari kita katakan yang kerja itu seeronok..wooohooooo sangat seronok sampai melompat-lompat!!!





(_0_)

kepala terbalik

Saturday, November 20, 2010

excavator!

saya naik excavator masa pergi site hari itu!!!!wooohooo sangat lah pengalaman/
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 16, 2010

hati gumbira~~~~~lalalililulu!

suka dia suka kamu suka semua nya!

Friday, November 12, 2010

u buat i sedih!

entry ini sedih!owh kepala serabut so baca entry itu telah meruntun hati ku yang sensitif ini.padahal orang lain baca rilex je.i sensitif u know!keje is serabut!tak2 keje adalah seronok..wooohoooo*fake*..bila meningkat dewasa tanggungjawab semakin banyak.=(
Published with Blogger-droid v1.7.4

memang terbaik syok tak ingat paling hebat!

hati gundah gulana memikirkan monday ini..it will totally change me!okie let it be lah..malas pikir tapi tetap terpikir.still thinking yang saya masih budak2 hingusan lagi..argghhhh sakit perut mengenangkannya.maybe this weekend adalah weekend terakhir as a free people who have plenty of time untuk berangan2.mahu enjoy!!!!!!gosh!nak kahwin je lah macam ni!

Wednesday, November 10, 2010

keiginan melampau!

muka control cun habis!owh itu tempat saya bertapa, nice duduk next to my long lost classmate aka my new officemate

Teringin ke Singapura!siapa mahu ikut!harus tanam impian untuk ini.mari bekerja dengan lebih tekun supaya dapat menampung keluarga tercinta dan juga ke Singapura..hahahahah.sangat kasihan cita2 hanya untuk ke country next to Malaysia sahaja.

Friday, November 5, 2010

happy deepavali Malaysia!

godek2 lappy then jumpa gambar ini, gambar pergi mid valley masa still study at UM. tahun bila tak ingat..hahhhaahha macam lah dah lama tinggalkan zaman U.abaikan muka menggoda i itu ye sangat lah annoying.lately asyik upload gambar feeling sorang2 je muak orang tengok.tapi nak paste gambar siapa je dekat sini, dah lama kan tak bersocial so gambar lain adalah non-ada you all.he..neway selamat bercuti!

Tuesday, November 2, 2010

wrong!

saya wore ini sabtu lepas.ingat tak hari final bola Kelantan v N9, saya pergi keluar.bukan tengok match itu tapi keluar makan dengan my only sister.dia belanja.sangat seronok makan tak ingat dunia,nak2 orang belanja harus lebih sedap.hahaha.singgah sebentar di masjid jamek dan terjumpa ramai orang pakai baju merah putih.terasa macam tersalah pilih colour scheme pula, why lah saya pakai baju itu hari itu.

Thursday, October 28, 2010

start esok!

ada mission yang perlu dilaksanakan..latest update, life semakin berkembang..rasa sangat bless dikelilingi ramai gadis kacak dan lelaki cantik..pipi semakin gebu hasil kegembiraan bekerja.ohohoho.why kawan saya kerja body makin shrink tapi saya opposite!

cubaan menipu readers dengan mengambil gmbar jauh plus upperhalf and blurry*ahahahahaha*
tetap terselah ketembaman mu

Wednesday, October 6, 2010

lama sudah!

nak kata busy memang busy tapi supposedly ada time untuk updating..yang termampu cuma update status facebook sahaja!cewah bunyi macam pegang projek berpuluh padahal 1 pun tak ada...hahahahahahahah..akan mengambil spirit baru..see tulis pun dah macam apa entah, harus ambil class bahasa kembali!






p/s: ehem2, boss owh boss bila nak bagi handphone sebiji!beri2 ke i-pon ke!he

Wednesday, September 29, 2010

berabad!

oh my gucci!berkurun lama tidak update..major malas ~sekian~

Saturday, August 21, 2010

pergi~~~

Bulan 1 tahun 2010 dulu, terkedek2 pergi taman keramat permai hantar cover letter untuk intern. Before tu ada 2 options tak tahu nak pilih company mana. Tapi entah kenapa hati ni nak juga intern kat company yang dekat dengan rumah. Serius sangat2 bersyukur kerana membuat pilihan itu. Mula2 masuk terkejut, kenapa lah bos macam ni tanya2 macam lecturer. Tak puas hati masa tu sebab malas nak baca buku. Biasalah budak2 baru nak up kan, tak puas itu tak puas ini. Rasa takut bila bos ada kat sebelah nanti mesti dia tanya soalan, masa tu mana suka jawab soalan ni.

Kalau tak dapat jawab mesti kena perkataan ni, "tengkorak kamu". Mula2 dengar memang makan dalam lah kan. apa lah bos ni cakap macam tu kan, i touching tahu!. waktu first time pergi site bulan pertama intern, ambil gambar pun kena komen. hati dah geram dah, apa ni apa salah saya! tak sanggup lah i, cepat lah habis 3months dah tak mahu lagi asyik kena komen je kan. Bila dah lama2 bersama bos baru lah paham cara dia bekerja. Daripada nak cepat habis intern bertukar jadi nak lambat habis. ye dulu saya merungut sebab allowance sikit, dah lama2 saya sedar segala ilmu yang dicurahkan oleh bos saya lebih beharga dari wang ringgit. tak ternilai harganya.

Terima kasih SR HAJI MEOR AMIR HAMZAH. andalah guru, mentor, supervisor and bos yang paling baik dan best yang pernah saya ada.. bagi saya arwah dah mcam ayah dah, ingat lagi all the best and great memories dengan dia. Allah lebih menyayangi arwah. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat.amin. okie lah tak boleh sedih2 nanti tak tenang arwah kat sana. post ini sekadar nak bercerita tentang kebaikan tuan haji, orang yang saya hormati. saya bangga jadi anak murid aji!.~al-fatihah~

Wednesday, August 18, 2010

tiada angin!!!!!

translation adalah no mood. lately semakin malas, if berterusan begini macam mana nak dpat duit.. Duit owh duit di mana kah engkau, datang lah bergolek2 padaku..mari2!

Friday, August 6, 2010

menunggu detik 7hb August!

itu tarikh grad bukan tarikh kahwin yE!ceh. ada hati tak sabar nak grad padahal rehearsal pun tak pergi.kelam kabut lah i nanti!rasakan!ahahahahahah..well deserve..hanya berdoa tak jatuh stage!he

Sunday, August 1, 2010

mesti tipu!*dalam nada iklan proton*

now tengah bercita2 mahu active blogging kembali..*boooooooooooooooboooooo*..mesti tipu!ahahahahahaha..okie lah saya cuba je lah nak update, musim kemalasan melanda even sekarang boleh dikategorikan as penanam anggur yang kurang berjaya. Internship dah pun tamat, perasaan adalah sedih..eh why sedih, harus berjimba2 kot dah habis..biasalah dalam hati i kan ada taman..huhuhu..next entry saya will post about office time saya practical..sangat syok ooooo di sana, sayang semua!

Tuesday, July 13, 2010

where to go??

Confuse lah now.Kawan saya kata dia dah boleh imagine diri dia in 5-10-15-20 years lagi. Means dia akan ada be somebody lah. Dia dah tahu apa yang dia nak jadi. Tapi saya???(_-_) kepala terbalik..ooo la la!

hari sudah malam!

Supposedly time begini saya sudah siap sedia terbaring di atas katil or maybe dah pun hanyut dalam mimpi. Eh, why saya tak sleep lagi and plus ada banyak masa untuk blog..Actually niat sebenar adalah untuk menyiapkan kerja, end up bermain internet seperti gila*cesss*. Nite semua!

Align Centerhappy me!

Sunday, July 11, 2010

hai semua!

Gila pemalas punya perempuan kan saya ni, blog dah lama menyepi seperti duduk dalam gua. Okie mari berkenalan semula, saya seorang perempuan. Umur 22 tahun, belum bekeluarga. Sudah berpunya tapi tak terikat. *motif bagitahu adalah kabur*.ahahahahahaha..panggil saya si comel k!

Saturday, June 19, 2010

kamu!

saya sedang menunggu rakan2 gedik santai sampai ke rumah..waduh2, panas sudah my von* menunggu mereka. dengar kata mereka mengidam bubur mak saya..hahahha..ala rindu kat saya cakap je lah kan, berkias2 pula..meowwwww!malu ah begini..

Thursday, June 17, 2010

entah minggu ke berapa!

now dah berminggu2 practical, macam tak percaya je!hhahahahaha..next week kawan2 practical saya UTM and UIA dah nak bersara, maka akan tinggal lah kami budak UM bertiga..hoi2, sunyi lah nanti..sedih2..okie sangat gedik nak sedih bagai.eh, itu sahaja lah..update light2 pun okie kan..lupa pulak saya dapat award ye..hooorayyyyy!cik marinata24 yang bagi, gila kentang hebat betul saya..he..thank cik sardin!ada masa nanti saya lekatkan award itu ye..

Monday, June 14, 2010

setelaah berkurun lama!

okie fine, semua yang saya cakap before ni adalah palsu belaka. Kununnya mahu berblog secara hebat tapi kesudahannya adalah kecewa sahaja. Bukan sebab ketiadaan internet di rumah tapi kemalasan yang melanda..owh maybe saya sibuk sejak akhir2 ini..maklum lah orang bekerjaya kan..ahahahahahah.*opssy*..last post saya pasal pergi ke perak kan..sungguh lah besh ke sana, berjumpa sahabat handai yang agak lama terpisah even baru one month. Terasa seperti berabad lamanya, cewah..Rombongan ke perak dari Kuala Lumpur hanyalah seramai 4 orang sahaja, but still meriah but will be more meriah if pergi lagi ramai..Kawan2 nanti kita jumpa lagi ye, merindui kamu2 lagi masih.by the way tahniah to Bro selamat mendapat isteri!sila lihat gambar di bawah, cuma dua sahaja yang sempat dicuri dari facebook cik nadia comot the driver kami..he..*maaf bu*

abaikan muka spastik saya

ini cantik tapi senget
(seni)

Saturday, June 5, 2010

ke PERAK semua!

hye2 bye2..saya mahu ke perak hari ini.classmate kahwin..owh bestnya kahwin, mahu kahwin juga..sementara muda kan, harus kahwin awal..nanti dah tua sikit gambar tak lawa!hahahahaah..okie doakan saya selamat pergi dan balik..

Wednesday, June 2, 2010

coba!

berusaha untuk mengupdate sekerap mungkin...he.okie angan2!banyak benda saya nak try to get.so many angan-angan..hahahahah..mahu cari duit banyak2, nak shopping dengan duit yang lebat dan beli anything yang saya mahu..hohohoho..plus tanpa ada belas kasihan dengan duit itu..owh jika mampu*dreaming*..eh seronok berangan tau, mari berangan!sebab one day maybe angan-angan itu akan jadi kenyataan..happy dreaming babe!

si bongsu!

ouch sangat sakit!my gigi bongsu ni ngada je lebih hari tu dah tumbuh sikit dah la..now nak tumbuh lagi..if tumbuh tak demam tak pe, ni siap package demam segala!mengada tahu!orang cakap anak bongsu ni manja, tu yang mengada tu..betul ke???saya memang manja pun, mengaku!tapi ada jugak anak sulung yang lebih manja dari anak bongsu and ada juga anak bongsu yang act macam abang or kakak..plus ada juga anak tengah2 yang lebih mengada dari adik beradik yang lain..opssy ni tak ada kena mengena dengan diri sendiri just nak cakap pasal gigi bongsu yang mengada ini sama sperti saya..he..saya sanagt beruntung and bertuah jadi anak bongsu sebab ada abang dan kakak yang pemurah serta baik hati..sangat lah heaven!sayang mereka*sila bagi adik duit ye*hahahahah..sangat mata duitan.maybe mereka akan kata, apa punya adik da nak tukar adik lain boleh...hahahaha..okie abaikan saya, kata dah lama tak update blog harus lah merapu sakan..







selingan: sangat berzaman menunggu gambar diupload and end up tak terupload.maka saya pun malas.esok mahu kerja.tapi saya demam.MC boleh???

Monday, May 24, 2010

saya yang sangat handal memasak!

nampaknya cik sardin dah marah la..tapi tak pe, dia tetap sayang saya...he..love u more lah sardin!why lah sejak akhir2 ini saya rasa malas nak surf internet?nak kata dah tua tak ada lah sangat, still sweet 21 katanya..owh nothing yang special happen kat saya this few days except yang masak tu je lah, memang bukan macam saya lah cooking2 ni.eh wait ada, semalam saya try masak mee goreng tanpa ada baantuan sesiapa dan resultnya adalah sangat lah FAILED!sedih ni..tak pe tak pe saya akan berlatih lagi dengan lebih gigih, kata nak kahwin kan*gatal terlebih*..hahahahahaha..

Wednesday, May 19, 2010

mari belajar memasak!

oleh kerana kawan saya iaitu izafazliha tinggal di rumah saya sempena practical, maka beliau telah mengajar saya memasak..hoye2!so, mari follow apa yang saya masak...percubaan pertama masak ikan sardin marina adalah failed semata2, maybe sardin marina dislike kami..cis kamu sardin..sekejap dish tu tak rasa pape sekejap terlebih masin..but kami makan jua apa yang ada..sob3..percubaan kedua adalah sambal ikan bilis, boleh tahan lah rasa.better than the first try..tahniah kepada kami..ahakz..hari esoknya kami makan ayam masak kicap and telur sos..memang terbaik lah dari ladang!tak sia-sia lantik iza sebagai guru masakan..hahahahah...eh saya sempat snap gambar masakan, sila lihat!

1. mula2 kita potong ayam in small pieces.ingat ye tuan2 and puan2..tulis dalam buku note ye!

2. goreng2 sehingga sebati..cikgu iza kata sampai kuning sikit..betul tak cikgu????

3. letak air secukup rasa..sampai ayam tadi berenang di dalam air..he

4. masukkan garam sesuka hati..

5. then insert kan kicap hitam legam dan pekat..nyum3..

5. Walla..sudah siap!owh tiba2 terlapar kembali..


















Sunday, May 16, 2010

hari yang normal!

boring lah pula cerita pasal kerja..mahu cuti berganda2 boleh!nak tidur lama2..nak tengok movie midnight, nak balik lambat malam2..pergi berkelah dekat sungai..okie sangat jahat niat..tapi waktu belajar di UM ini lah yang kami buat..mahu berseronok bersama rakan-rakan..eh kawan2 saya rindu kamu2!baru one week kerja dah macam ni, sangat tak patut..

rindu sama orang2 ini

(curi dari facebook cik nadia, maaf bu!)

Thursday, May 13, 2010

hari2 seorang pekerja!

okie abaikan tajuk yang entah pape..hahahhah..setiap hari saya pergi kerja jalan kaki, dalam 10minit sudah sampai pejabat..tekan loceng, tng tong ting tong..bila dah masuk berharap cepatlah pukul 1...bila dah abis lunch hour berharap cepat lah pukul 5..malam berharap cepatlah sabtu..gila!



selingan:mahu nonton piala thomas di bukit jalil!gudluck malaysia!siapa nak ikut tengok semi final?????jom lah..

Wednesday, May 12, 2010

mencari rezeki!

ceh ayat macam dah kerja gaji beribu2..padahal baru masuk practical 2nd day..hoi2, maaf lah blog bersawang berhabuk berhujan berpanas..yelah orang kerja adalah amat busy bee..ahahahahha..first day masuk adalah seram yang amat okie tapi end up tak de lah takut sangat..luckily ada 2 orang classmates yang lain so kami berbagi kecuakan..he..overall kami masuk lambat pulang awal ye dari office, belum ada lagi kerja2 yang bakal membuatkan kami stay over office hours..maka suka juga lah but dah tahu akan take off something few weeks from now....owh skill measurement telah berkurangan semenjak berjauhan dengan UM*selama ini tak ada skill pun*..huhuhu..itu sahaja lah update for first day even hari esok dah masuk 3rd day..=)

Tuesday, May 4, 2010

basi sudah tag ini!

even kadar kejakunan adalah amat tinggi untuk membuat tag yang julung2 kalinya tapi harap maklum bahawasanya kadar kemalasan melebihi segala2 nya..hahhahahaha..*dasar pems*
eh thankz ain coz mentagged saya..dah berminggu kot tag ni, kalau demam dah baik dah..wooohooo!

1] Adakah anda merasakan anda hot?

For sure hot, waktu saya buat this tag tengahari..guna kipas pun tetap hot..im hot babeh!

2] Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang?

Harap maaf currently using my kakak punya lappy sebab sangat lah malas*malas lagi* mahu bukak lappy sendiri..my kakak punya lappy sudah tersedia tercucuk dengan modem..he..by th way dia punya background adalah gambar dia sendiri, if ada gambar saya harus lah diupload now kan..hahahahah..kalau di lappy saya gambar wallpaper adalah gambar pokok hijau, motif letak adalah tak diketahui..muahahahahah

3] Cerita pasal gambar ini?

Euwwwww gelis kot gambar kakak!hahhahahaah..okie lah agak cantik..*bodek2*

4] Kali terakhir makan pizza

Baru minggu lepas..tak puas lah, nak lagi..nyum2*budak gemok*

5] Lagu terakhir aku dengar?

Lagu alyah-tak mugkin kerana sayang..tadi baru lepas tengok astro@15 so klip video dia je dah dua pulah lapan belas kali main dalam satu hari kat channel astro..so haruslah terlihat and tertengok kan,tak ada keje kot!

6] Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ni?

Bermesej-mesejan dengan encik B..seronok woooo..*tak paham apa yang seronok*

7] Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Cutie pie????owh bohong sahaja..hahhaha..tak ada kot semua nya datang dari imbuhan nama sendiri..millow hanya nama pena..eh ada2 dolu2 masa sekolah menengah ada seorang budak lelaki ini panggil saya doraemon, siot kau!hahahhaha..nak tackle i cakap je lah kan*abaikan*..

8] Tag lagi 5 orang siapa yang anda nak tag.

Tiada, none sebab mostly everyone dah di tag and mostly people pems macam saya jua nak buat tag bagai..he..eventually soalan tag di bawah terpaksa di cut out kerana tiada jawapan untuk semuanya..so if kamu orang mahu buat ini tag sila ke sini..ceh, macam semua orang free and tak ada keje kan..

zaman bajet hot!

Taraaaaa, my picture waktu kat matrik pahang dulu*pic kat bawah*..saya batch 2006/2007, 5f31...waktu matrik teach me a lot about life..first time okie stay kat asrama, gila lambat kan..first jua duduk jauh dari family, selalu berkepit je dengan atuk...cucu atuk kan, hahaah bajet2..why lah saya punya lah kurang cerdik pilih pahang sedangkan ada je matrik lain yang near dengan rumah saya.maybe kamu dengar jawapan ini agak tak logik tapi ia memang benar-sebenar2nya...

The answer is saya ingat my matrik dekat dengan bandar di mana saya boleh bershopping sakan..end up saya stuck di dalam hutan*not actually hutan tapi agak dilitupi daun2*..memang frust at first but eventually saya manage to cope with the situation..ternyata saya tak salah pilih!good lesson for me..love KMPH no matter what even hutan pun..hahahaaha..eh saya famous tau di sana..

Cuba try test tanya ex-student KMPH batch saya mesti mereka kenal punya..wah berangan gitu!okie tipu tak semua and bukan sebab cantik seksi..not even close pun..hahahhaha..mereka kenal sebab style tudung saya, sila gelak sekarang..waktu dulu saya rasa saya dah cukup lawa dah with that style siap jalan penuh vangga gitu, semua orang pandang tak kelip mata lah*weeeewit*..padahal orang tengok sebab pelik..hahahaha...even tak cantik pun gaya itu tapi comel plus hot terlebih..he =p

cuba try test cari saya
(untuk cik nad yang mengidam..hahahahahah)

Monday, May 3, 2010

kemalasan melanda!

bila dah tak ada benda nak buat, blog pun sudah tidak disentuh..sindrom apakah ini?owh sungguh tidak suka diri yang malas..bila mahu pergi main bowling ni??????wayang anyone??karaoke maybe?okie fine semua pergi study measurement!!!!!dislike this post!

Wednesday, April 28, 2010

masa dah time!

gambar hiasan

Actually tak ada idea mahu memblog apa. Exam sudah pun berlalu, masa mencemburui kita. Tak sedar yang dah 3 years saya bersusah-susah di um. *ayat tak boleh diterima, sila muntah merah jambu*..huk3. Saya sayang kawan-kawan saya, ye saya mengaku! Terima kasih kerana telah menceriakan 3tahun saya di UM..3 tahun yang terhebat...Ini tak dutujukan pada budak QS sahaja ye, ini untuk semua.

Seronok dapat berkenalan dengan kamu2..Gaduh2 manja adalah biasa dalam hubungan kita..So not hard feeling, saya tak ambil hati pun*makan hati ayam and lembu je*..Semoga nanti kita berjumpa lagi pada hari graduation or maybe kalau ada masa saya datang UM*ceh macam tak ada kerja lain je*..Doakan semoga saya dapat grad this year okay!

Monday, April 26, 2010

macam tak percaya!

yes sangat susah dipercayai yang saya dah habis exam.this time exam ada banyak makna..pengertian utama adalah saya sudah lanjut usia..owh, dah boleh kahwin..yay!officially announce myself free from books!!!!!!!!!!!tapi bukan selama-lamanya lah, gila apa..eh hari itu bukan tak nak update tau, internet tak ada.huhuhu..okie lah good luck untuk anda yang still exam...





Thursday, April 22, 2010

dua lagi dan lagi dan lagi!

ada dua lagi paper!

first paper telah selamat diharungi..huh..*selamat lah sangat*...tak kisah lah tak sempat jawab pun, 2 more to go kawan2...tapi sebelum tu kita tidur dulu, recharge!sangat tak larat..eh tiba2 terupdate pula..he..sangat menipu tak nak update bagai kan..huhu...gudluck for paper2 seterusnya..berusaha!

Sunday, April 18, 2010

tak nak upadate dah!

tunggu one week after this k!saya dah behind schedule..going to speed up my progress..no facebooking for me too*cewah bunyi mcm tegar*..okie poyo gila kan..hahahaha..kawan2 semua semoga berjaya menjawab exam and jaga kesihatan ye...sempena ketiadaan saya di alam maya, saya tinggalkan anda2 semua dengan gambar terindah, tercomel, terpanas and banyak ter yang lain lagi *tipu2*...hehehe..randomly pick by me..semua pic diambil this year, 2010..

zaman tok kadok
(part time ye kak?)

zaman mandi manda
(model tak laku..hahahahah)

zaman berpresentation
(encik itu suka kenakan orang..he)

zaman makan2
(masa bukanlah ukuran untuk mengenal hati budi seseorang..muuuahhhh)

zaman scandal
(gambar sengaja di blur*alasan*..he)

Saturday, April 17, 2010

mengupdatekan diri!

bunyi macam dah berkurun tak update, drama je lebih..he..sebenarnya dah mengantuk habis nak study..takut lah this semester macam tak belajar apa2..on my side je lah, mereka kawan2 yang lain sangat belajar ye..it's just me..huwaaa..takut, saya mahu grad dengan cemerlang!mari kita study sampai lebam...

new branding
(giant size)

selingan:saya harap one day bila saya dah tak ada, orang akan kenang saya because of my goodness, not because of my badness..*ayat entah pape, abaikan*

Friday, April 16, 2010

thesis oh thesis!

why nak cari masalah with me?

Thursday, April 15, 2010

berat!

opss bukan saya yang berat, ini mata yang dah berat..huhu..sekarang mood nak study tak berapa nak datang lah..why eh?syndrome apa pula yang menimpa saya kali ini, sungguh tidak paham dengan diri sendiri sekali lagi..hahahaha.so now untuk mengelakkan pengantukan secara serius saya mula berjinak2 untuk mengedit my DD..untuk submission for real even yang drafted tak dapat lagi feedback..going to work on my DD, so tata..eh sebelum pergi izinkan saya mengatakan bahawa saya memerlukan kemaafan anda2 semua, exam sudah dekat..semoga kita semua dapat menjawab exam dengan mudah..kalau ada sesiapa buat salah kat saya, saya dah maafkan!*bajet tak bersalah*..he..

Wednesday, April 14, 2010

kulit sudah tanned!

inilah akibatnya jika pergi ke pantai pukul 3ptg dan ke atas...*bajet putih*..he..last weekend ada family gathering kat PD (port dickson), so entah kenapa saya terlebih rajin pula mengikut keluarga berfamily day.confuse di situ!selama ni tak ada pula keiginan untuk berpoya bersama keluarga, saya tak reti bersosial-sosial ni..hahahahahahah..oleh kerana warga emas adalah pems (pemalas) untuk ke pantai, maka anak-anak muda zaman kini iaitu saya and alliances telah pun pergi bersiar2 di pantai yang indah..boleh lah indah lah jugak kan..sesambil itu kami terpaksa lah membawa kanak-kanak untuk bermandi-manda..maka terpaksa lah saya menjadi baby sitter untuk hari itu..susah tahu jaga kanak-kanak ni, penat..now saya paham perasaan my parent..*maaf emak ayah*....tiba2 insaf, tak paham dengan diri sendiri..huhuhu..

nobody but me

Tuesday, April 13, 2010

sayang!

saya sayang kawan-kawan saya


sudah lama!

seriously how many days that i left you my blog..hahahahah.dulu waktu time busy macam gaban pandai mengupdate..now dah cool down sikit, punya lah pemalas nak type anything..syndrome ketuaan maybe..he..my baby(thesis) drafted dah dikeluarkan secara pembedahan, dah lega sedikit di situ..saya ada gambar baby saya itu but nanti lah saya upload..argggghh ada komplikasi sedikit dengan dia..moga baby selamat and hopefully kembali kepada mummy dengan girangnya..weeeeeee..owh ye saya telah di tag oleh cik ain, first time tu.*jakun sebentar*...mekasih yang, ur tag akan dijawab nanti..paham2 lah nanti tu bila..ahakz...

2 are still on
(gadis hijau itu ada baby nama kula-kula, nanti nak curi..hihi)

Thursday, April 8, 2010

berlari-lari anak!

sedang mengejar dateline untuk submit thesis..cewah dateline katanya..he..part editing is the most tedious works to do..hate you hate you!now tengah berusaha, walau bagaimana pun harus menyiapkan hari ini jua..wish me luck kawan2..kamu pergi lah print dulu, saya malam sikit..huhuhu!

Wednesday, April 7, 2010

presentation yang menyibuk!

gambar adalah tidak ada kena mengena
(tidak seexcited ini untuk esok)

dah la tengah busy membuat thesis, tiba2 ada pula presentation di tengah2 untuk subjek lain...menggangu emosi betul!haish boleh tak you dissapear wahai presentation.im not in the mood to deal with you lah..eh, ada cerita yang saya tak sempat nak story here..cerita ini sangat lawak okie sampai nak pengsan saya dibuatnya..nope im not kidding tau, saya nak pengsan!hahahaa..please cepat habis seksaan minggu ini..mak kata nak bercuti di PD nanti..nak ikut!he..sangat suka..

Tuesday, April 6, 2010

mata panda!

saya rasa hari jumaat ni confirm my mata dah jadi macam mata panda..maksudnya saya bakal menjadi comel secomelnya...weeeeehooo..saje je gedik nak post something, cuma nak cakap yang saya benar2 busy..paling busy dalam dunia*tipu2*..hahahahaah...tapi now badan dah penat, need something to refresh myself..blog is a good refreshment..nyum2..

Monday, April 5, 2010

time to sleep!

kerja saya adalah not complete yet..even saya dah reach last chapter pun but saya still have to do the editing part lah itu lah ini lah...haishhh...saje je mengadu domba di blog!*mengharap ada orang yang kasihan kan saya dan ingin buatkan my dissertation*..hahahahah..sudah pagi, masa untuk tidur..my biological clock dah bertukar..penangan dissertation(DD) yang amat kuat..owh my DD love me do please!tolong lah siap dengan sendirinya*adacadabra*

mahu keluar berrpoya-poya
(sudah lama tidak bersosial)

Sunday, April 4, 2010

you are guilty!

yeeeehhhaaa..ketiduran semalaman..
shittolll di situ..
rasa bersalah pada siri sendiri kerana kemalasan tahap tertinggi..
mari lah insaf kembali!
rindu nak balik rumah..
dah 2 mingu tak balik..
mak tunggu tau, lagi one week je..
i will coming home..

Saturday, April 3, 2010

kenapa?

blogspot buat hal lah pula!geram i!

menggila di library!

apa kata this post saya tak mention apa2 and kamu2 kesayangan saya just enjoy the pictures..try to interprate it in ur own way..boleh kan, boleh ke tidak 3x???kejadian pagi tadi, terbagun lambat untuk berjumpa ketua pasal integrated project..luckily dia sangat baik and tak marah saya..owh i love u karen!*ayat bodek*..nak balik college hujan, so terpaksa lah makan kat fac sorang2..sangat sedih kot!then terjumpa dengan marinata minami24, so mengambil keputusan untuk stay di fac..later, kami diaccompany oleh makhluk2 berbaju merah di dalam gambar..figure1,2,3,4 and 5 adalah kesan daripada thesis..sangat menepati aim and objectives!

figure 1

figure 2

figure 3

figure 4

figure 5

selingan:pasti akan merindui moment2 begini!

Friday, April 2, 2010

sejenak di bilik bacaan!

see saya yang pura2 buat kerja
(malu2 nak ambil gambar)

erk, sejenak lah sangat kan..patut nya tajuk entry ini ialah semalaman di bilik bacaan..hahaha..jam menunjukkan sudah almost 4am and kami masih di sini..saya, yana, nad and marina..tapi objective saya tiba2 telah terpesong apabila masa berlalu..tengok lah apa yang saya buat now, updating my blog..nice one!just nak share some moment in bilik bacaan guthrie, 2nd residential college, UM..few weeks from now dah tak merasa dah nak begini..*tiba2 perasaan*..haha..better quick now, nak continue buat my works..



selingan: Al-fatihah buat Din Beramboi.......

Thursday, April 1, 2010

close to the end!

tajuk je close tapi hakikatnya it's still long way to go..owh thesis come on la, cuba siap cepat..lembab macam siput sedut betul..*salahkan thesis*hahahahhaha..gosh i need to sleep!tidak tertahan rasanya..eh wake me up when sudah pukul 2pm today or maybe 2.15pm or 2.30pm..banyak pula or nye kan..mencari alasan kukuh untuk tidur lama..bangun nanti nak test use the plagiarism software..seronok2*jakun sebentar*..untuk makluman semua owner of this blog buat thesis on IT tapi actually dia buta IT..so end up macam ni lah!harap maklum.




selingan:banyak entry berbaur usaha tapi reality nya tidak ke mana pun..hahhaa..gambar adalah kemalasan mahu diupload.entry kosong!

Wednesday, March 31, 2010

selagi ada masa lapang!

come2 saya buat quick update di kala masa tinggal 3ominit je untuk sleep..otak masih waras, jiwa masih kental tapi mata nak tido..baru je nak start buat thesis, dah nak terlelap..so untuk avoid ketiduran try buat benda lain seperti membaca facebook, mengarang comment dan menulis status baru serta mengasah skill penulisan di blog..tiba2 rasa seperti stay up pun tak berguna coz buat benda yang sangat 'berguna'..hahahahaha*sila gelak kan saya*..tapi still ada markah untuk effort kan???????he

Tuesday, March 30, 2010

46!

aim untuk dikejar..hurmm...boleh ke?nak turun kan 5 je lagi, susah lor..exercise pun malas, makan ikut nafsu...how la..tolong saya mahu pakai baju cantik2!sangat jealous melihat perempuan yang body nya lawa..geram i, peluk kang baru tahu..hahaha*weng2*..but before itu saya nak deal dengan my DD first, nak settle kan dia..first thing first!

budak debab
(tapi comel itu yang penting)

selingan:tadi makan bihun pukul 10pm, so kena tidur 4 jam selepas itu..bila lah nak pukul 2am, mata sudah sepet!

Monday, March 29, 2010

nak jugak buat macam tu!

before grad saya nak do something yang orang selalu cakap saya tak boleh buat..saya tahu saya boleh..termotivated after tengok video..kawan2 tunggu tau, nanti saya buat and tunjuk...*apakah?*..eh janji tak nak update kan..hahahha..okay sekarang saya stop!before that tadi tiba2 tangan gatal terclick you tube and tengok cerita happy tree firends..ini cik cerimanis lah punya pasal, dia yang ajar tengok cartoon itu..spooky cartoon, kejam nak mati..emy the scary girl..hahahaha..dalam ngeri2 tu saya tengok jugak sebab best..sudah berjangkit dengan emy..

video
villain cartoon
(tak cukup umur tak boleh tengok..haha)

Sunday, March 28, 2010

minggu yang bakal mencabar!

rock star v. ustazah
(can't resist athirah!!auwwww)

owh yeah!!!ada dua lagi benda nak buat.one is of course my DD and second one is measurement..wah element kecuakkan sudah datang..takut tapi still boleh surf internet bagai..ish2, not a good example..malas mahu mengupdate diri kerana kerja berlimphan..tapi sekarang sedang mengantuk harus buat sesuatu yang fun supaya tidak ketiduran..last night pergi dinner college and balik around 5 sebab ada session fotography jalanan di luar..sangat seronok!tadi pagi sempat pula berdatingan bersama encik buncit kesayangan untuk recharge kembali energy.bahagia ye!*blushing*..maka akibatnya adalah kaki sangat sakit, tidur sehingga 3 hours lamanya..

Friday, March 26, 2010

i love u DD!

dah nak masuk fasa bercinta dah ni..owh DD dikau lah pujaan hati, siang dan malam ku bakal tak tidur kerana mu..eh macam mana boleh tahu..yelah kau kan nyawa ku kalau tak siap tak grad lah i tahun ini*choiiiiiiii!*...doakan saya berjaya menggoda DD(dissertation) sehabis baik.mahu berjaya sejaya2nya..DD please be nice with me, jangan jual mahal sangat nanti tak ada orang nak..mari lah dekat2, jalan sama2 tidur sama2 makan sama2 main sama2 or even mandi sama2 pun i tak kisah...so everyone, im not available..hati tertaut pada si DD..eh, tiba2 teringat dah lama tak jumpa encik buncit!!!!rindu sudah..he

sayang, nak anak comel macam ni boleh
(gatal*garu2*)

Wednesday, March 24, 2010

berkemas-kemas!

yeah!bukan berkemas untuk lari or pergi somewhere else...jangan takut saya still di Malaysia lagi..cuma mood rajin sudah tiba untuk mengemas bilik yang dah berminggu tidak tersusun..banyak pula kerja yang harus disettlekan bila difikirkan kembali..so maybe dah tak nak sentuh blog for a while*ceh boleh caya ke*..hahahhahha..tengah berusaha mahu menyiapkan my DD dan juga IP..esok nak submit final report untuk IP kat ketua tapi still tak ada idea mahu menggoreng itu ayat..owh idea, sila datang mencurah2 malam ini ye!janji tau!

Tuesday, March 23, 2010

sampai nak muntah dengar!

gambar dicuri dari facebook hani
(boria terakhir budak qs 2nd)

2weeks yang penuh dengan torture..dengan deadline for submisson assignment dekat semua..really memerlukan enthusiasm yang kuat..luckily saya ada very supportive friends...banyak membantu di kala susah, waktu2 macam ni lah kita boleh tengok siapa kawan yang which is a real friend..seriously saya ada perasaan nak give up..hohohoho pressure yang amat sangat..thanx semua, tanpa kamu we couldn't make it like this..even pasukan college kita menang 3rd place sekalipun, saya rasa seperti menang 1st place..tak tahu nak decsribe macam mana*terloncat2 seperti kera*..saya harap everyone satisfied with the result dan saya nak minta maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung..saya bukan seorang leader yang baik, lembut gila macam cacing...

Monday, March 22, 2010

will be back later!

a lot of things going through..sedih happy semua ada..glad that i have chance to handle 19 kepala yg macam2 ragam..fun, tak tipu!

Sunday, March 21, 2010

semua rasa sudah hilang!

lately so busy sampai sekarang tak siap assignment, inikan pula nak buka blog..hye...saya nak balik rumah, itu je yang saya wish..tak tahan la too much pressure to handle..eh why last year saya tak macam ni...gila serabut!huwaaaa...hari ini ada pertandingan boria..aduh2 tak pernah saya secuak dan setakut macam ni..just boleh wish gudluck to all team members, do it your best..saya tak mengharap apa-apa, just enjoy the show..hopefully fikiran saya tak ke laut lagi nanti waktu menari...

Thursday, March 18, 2010

nama dia izafazliha!

no picture la on your besday dari hp i cik iza..sorry sangat..yelah tak sabar nak campak anda kat kolam air yang bersih sesuci embun pagi tu..he..best kan, semoga cik iza akan ingat kami sampai bila2..*sob2*..happy birthday kakak!he..hang kan lagi tua dari aku*dalam dialek utara*..itu je present yang mampu kami beli...ha lagi satu siapa yang nak tolong buat assignment professional practise saya..saya upah, this is for real..call me if anyone interested, i pay for it in term of negotiation basis..no worries!anyone????

ni je gambar hang yang paling sopan
(yang lain gambar hang semua mulut itik..he)

selingan:happy birthday to topex juga, same date with iza...maybe diorang kembar???maybe!

Wednesday, March 17, 2010

stay alert and stay focus!

if nak baca something untuk ulangkaji or nak buat assignment, do it one thing in one time..jangan buat 2 things or 3 things in one time...nanti serabut..dan jangan pikir bukan2, hal2 duniawi yang lain sila lupakan sebentar ye..contohnya nak pergi clubbing malam ni tapi at the same time nak buat thesis..mana masuk weh!!!hahahahaha..baru pergi jumpa lecturer tu yang termotivated sedikit...kejap lagi lupa lah tu..

situasi di dalam class
(jangan ikut contoh)

Tuesday, March 16, 2010

~lalalala~

mengantuk!
perut lapar...krok krek krok krek..why mini mart tak buka..boleh pengsan macam ni...dah nak terlelap balik....nak buat macam mana ni?bertahan!

darah
(pening)

week yang full!

sangat amat busy

Monday, March 15, 2010

tersangat emo!

bengang juga lah dengan perangai lelaki ni..hye macam2..if kita terjumpa dengan lelaki yang easy to handle and negotiate kita beruntung..but if kita jumpa yang ada banyak alasan sedangkan kerja dia apa je pun kita yang sakit hati...hei lelaki itu, aku pun ada kerja aku lah tapi aku buat jugak kerja yang kau suruh bukan nya susah pun..after 15minutes dah siap..i handle dua benda tau tak..its not easy okay..pressure tahu!okie maaf lah bahasa agak kasar, maybe u memang betul2 busy.huh.one week before coming moon memang macam ni, emo terlebih..haha.

selingan: gudluck to paanim dan eming untuk test JPJ esok!chayok2!

Sunday, March 14, 2010

kaki size 3, 4 dan 5!

tension nya saya!bajet nak beli kasut tapi tak ada size inilah akibatnya bila kaki size kecik..kasut tu cantik sangat colour merah menyala!wooohooo, i like it so much and want it so badly!owh kasut kenapa lah size small habis dengan cepat..nak cari di outlet lain pula tapi tak ada masa..huhu..takut sale dah habis..nightmare!kaki kecik sangat pun masalah, besar pun masalah...kasut tunggu saya ye, jangan habis dulu before saya dapat beli kamu..he...esok nak siapkan assignment project management, harap2 bangun awal..

gambar hiasan
(bukan kasut seperti ini)

Saturday, March 13, 2010

esok yang sibuk!

not only esok, esok punya esok pun bakal sibuk..apatah lagi esok punya esok punya esok..saya sibuk sangat sampai nak jerit rasanya..tapi saya sempat tengok movie alice in wonderland and salomon kane..wooohooo, see betapa sibuknya saya..he..tadi dah menyibuk di bilik orang..owh penyibuknya saya..why asyik sebut perkataan sibuk banyak kali...rimas lah kan..ada seminar LI esok, urghhh malas!entry yang entah apa-apa, saja mengadu domba di blog dengan harapan ada orang yang akan buat semua assigment and thesis saya..hahahah..moga-moga bangun pagi-pagi esok semuanya dah siap.huhuhu*perasan ada orang kerdil yang akan tolong buat macam cerita orang kerdil yang tolong buatkan kasut*...muahahahahahahah

Friday, March 12, 2010

dunia dah maju!

serious maju sangat..ada handphone, ada laptop and banyak lagi gadget2 canggih..internet is the most wonderful creature kot..semua ada di hjung jari anda*ala-ala iklan*..he..actually saya nak cakap saya dah maju..saya dah ada CBOX!!!!maju kan saya..kan..kan..bangga tu, akhirnya selamat benda itu diinstall..banyak kali jugak la pikir nak install ke tak..takut page ni berat walaupun tak ada iklan di mana2 and tak ada lagu*sob2*..plus takut serabut nanti tak comel pula blog ni..he..so kalau mahu comment secara instant, sila la meninggalkan jejak anda di situ..ceh, orang dah lama la ada chat box, anda baru nak ada..ketinggalan betul saya ni kan tapi saja nak kecoh2..suka suki!

muka happy tak ingat
(abaikan)

Wednesday, March 10, 2010

OoO we're in trouble!

lately, ada banyak works yg harus disettlekan...berat sudah mata memandang assignment yang menggunung plus my DD lah kan...now project sana sini..ceh, macam minister pula..he..harus take some action untuk menyelesaikan nya..okies one by one darling..wish me luck..jelous tengok orang dah start buat assignment..sila wake me up!

mengantuk sudah
(bagi saya renjatan untuk membulat kan mata)

Tuesday, March 9, 2010

nenek ku seorang queen!

itu nenek saya, cun kan*bodek2*...biasalah like nenek like cucu..hahahahahahah..dalam system hierarki keluarga Quantity Surveying UM batch 2007/2008, insan di atas memegang title nenek...sebab beliau terpilih adalah kerana kepetahan beliau membebel..tak boleh lawan sampai pening anak-anak, cucu and cicit nak melayan kerenah beliau...nenek2*mengeluh*..malam itu malam qs nite terakhir kami sambut bersama...huhuhuhuhu..sedih mengenangkan diri yang sudah tua, final year sudah..

theme for that nite ialah movie star and rock star..puas kami mencari di celah-celah mana untuk dapat kan baju ni semua..at the end semua orang look completely fabuluos..my baju murah je tak sampai rm20 pun..wajib save budget untuk mengharungi semester last...so here the result..gambar hasil tangkapan hp je, xbanyak..if nak tengok lagi yang lain, click ini ya..just enjoy the pic okay!

vogue gitu cik liana

bollywood star

avril lavigne terlampau..awwwww

rock star jalanan

kami juga ada buat suprise for that night untuk cikgu kami..dia nak something different this year..so kami buat performance ala-ala teater muzikal..yes, memang different pun and crowd pun suka..tapi bukan hanya kami je yang ada suprise malah that cikgu pun pandai buat suprise..terkejut i tau!..to sum up, saya pasti merindui rakan-rakan qs sekalian~with love~

Saturday, March 6, 2010

siput yang menangis!

comel je siput nangis..tak lah buruk mana pun..kikikikiki..cerita dah lama, sila baca dengan tekun..ada kempan derma darah kat kolej hari itu sempena birthday kolej..so niat di hati nak menderma lah kan, setelah sekian lama berhajat tetapi terbantut..saya dah pernah derma dah darah, lama dulu way back in 2006..huh lama tu..zaman-zaman budak baru capai umur 18, macam-macam nak di try nya...termasuklah menderma darah..dah tu semua sahabat handai pergi derma tak kan lah tak nak kan..macam best je tengok orang cucuk-cucuk*ini first impression sebelum pergi*..

hati mahu berkobar-kobar, muka maintain kecomelan sentiasa...hahahhahaahaha..niat at first memang nak try je, nekad gila no turning back lah..cewah!...sampai je memang ramai lah kan, beratur panjang..masa ni okie lagi, sampai dah nak check semua, rasa nak pergi toilet lah pulak..buang pape yang patut..takut kot, macam nak kahwin pun ada*yeke rasa nak kahwin macam ni*..he..tu kisah 4tahun lalu..so tahun ni diberi peluang nak menderma lagi..waktu 1st year kat um tak didedah kan sangat dengan derma darah ni, second year tak lepas sebab i coming moon...

this year okie la semangat dah ada, tiba kat kaunter timbang tu tak lepas..bukan sebab berat tak cukup, memang terlebih cukup dua kali ganda...hahhahaha..tak lepas sebab makan paracetamol malam sebelumnya..demam pulak tu..so it's a no for me..tapi tak apa lah kan, tak ada rezeki..lagipun still trauma dengan first experience dolu2, hampir nak pengsan after derma..tu lah orang suruh rehat nak jugak jalan..amik kau nak pengsan, nasib sempat diselamatkan..

maka dengan ini, saya just tengok and teman je lah kawan-kawan yang lain pergi menderma..ada yang first experience, ada yang second and ada yang third times...hebat mereka semua ni..saya?..xhebat langsung..tengok darah pun ngilu..apa jenis manusia la!hihihihi...mari kita layan je gambar kat bawah ni..malas nak tulis lagi, penat okie...

yana paling steady n paling cepat darah keluar
(banyak darah telah disumbangkan)

ain derma tak sampai suku sebab dah pening
(ada ke patut dia tanya nurse terima tak darah tu sebab sikit sangat..he)

ni lah cik hanim siput
(kikikiki)

muka control tak sakit masing-masing
(ampun cik hanim..he)